Monday, 15 September 2014

To Whom It May Concern

To whom it may concern I’m human just as anyone else, And I have feelings too. To whom it may concern I’m not afraid to cry Because I just can’t help that I can’t live my life without you by my side To whom it may concern I’m drowning in a sea of thoughts Can I stay afloat? Just to survive another day. To whom it may concern I’m driving my heart insane, Because all I want is to see you, Or hear you before my ending days. To whom it may concern It’s not getting any easier So why did they tell me it would? To whom it may concern I just wish I would have known when you were going to leave Then maybe I would have better understood. To whom it may concern I’m a little older and have a better understanding on this thing called life Although the pain seems to be a shadow I know you’re my sunlight through every fight So even though you’re not quite here I can still hear the laughs we shared through the years To whom it may concern This pain may never go away, And that’s okay I’m never going to let it fade Because to whom this may concern I’m not giving up. Because I know one day The stars will stop falling And will stay to light up the night. It’s just a matter of Time.

Tuesday, 17 December 2013

Palestin Itu Jauh Dari Kita? (Sajak)

  1. Pada kita derita itu
    pada gagalnya peperiksaan
    laparnya perut pada makanan
    putusnya cinta pada kekasih pujaan
    jauhnya ibu ayah dari dakapan
    juga habisnya duit dalam bekalan

    Pada mereka derita itu
    Apabila rumah kediaman digesel trak
    Harta benda serba serbi dirompak
    maruah keluarga dipijak-pijak
    anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
    tanah air Islam diinjak-injak

    irama kita
    adalah suara siti yang merdu
    atau muzik rock yang bingit melegakan
    atau suara nasyid yang mendayu-dayu

    irama mereka
    bulldozer yang menghiasi setiap pagi
    ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
    Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

    sungguh sukar kita berada di tempat mereka
    kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

    berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
    berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

    tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
    putusnya cinta atau geramnya pada manusia
    tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
    kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

    Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
    Pada kekayaan melimpa ruah
    pada umur yang panjang
    agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

    Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
    pada syahid tanpa henti
    pada perjumpaan teragung
    dengan Ilahi tercinta…

    Siapakah kita berbanding mereka?

Monday, 25 November 2013

Pandangan Tokoh Bukan Islam Terhadap Nabi Muhammad S.A.W.


1. Mahatma Gandhi mengatakan: Muhammad adalah yang terbaik dan kisahnya tidak dipertikai langsung bagi jutaan manusia, dan Muhammad membawa Islam dengan Kezuhudan dan berkasih sayang sesama sahabat sahabatnya, keberaniannya dan kepercayaan yang Tulus dan Ikhlasnya kepada ALLAH dan kata akhirnya tidak ada yang lebih dari ini melainkan Kehidupan Muhammad S.A.W.

2. Sir George Bernard mengatakan: Aku selalu memandang tinggi agama Muhammad S.A.W disebabkan ianya satu tenaga (semangat) yang terbaik dan ia membawa satu agama yang boleh memukau seluruh alam dan dapat di terima pada mana-mana zaman pun, dan sekiranya mengikut pandangan aku yang berfahaman Anti-Christ, Muhammad S.A.W adalah Penyelamat kami.

3. Thomas Carlyle mengatakan: Penipuan yang sebenar-benarnya yang telah tertimbun pada Muhammad S.A.W (disebabkan tuduhan tuduhan jahat mereka) hanya memalukan kita sahaja.

4. W.M. Watt mengatakan: Muhammad S.A.W adalah seorang yang berakhlak mulia dan ramai yang mengikutinya dan meletakkannya sebagai Ketua di sebabkan akhlaknya yang mulia.

Selawat dan Salam keatas junjungan Baginda Muhammad S.A.W

Sunday, 24 November 2013

Salahuddin Al-Ayubi dizaman Kanak-kanaknya

Ketika Salahuddin Al Ayubbi masih kecil, beliau bermain dengan kanak-kanak yang lain di jalanan. Ayahnya telah melihatnya, lantas mengambilnya keluar dari tengah-tengah kumpulan kanak-kanak itu. Lalu ayahnya menjulang tinggi Salahuddin dengan kedua belah tangannya. 

Ayahnya seorang lelaki yang berbadan tegap berkata;

“Aku menikahi ibumu dan ibumu melahirkanmu bukan untukmu bermain-main dengan kanak-kanak yang lain. Akan tetapi, aku menikahi ibumu dan ibumu melahirkanmu adalah supaya kamu MEMBEBASKAN MASJIDIL AQSA!”

Kemudian ayahnya pun melepaskan Salahuddin dari tangannya dan Salahuddin pun jatuh ke tanah. Ayahnya melihat wajah anaknya dan tahu bahawa anaknya itu sedang menahan kesakitan.

Lantas ayahnya bertanya: “Sakitkah jatuh tadi?”

Salahuddin menjawab: “Sakit..”

Ayahnya bertanya lagi: “Habis, kenapa tidak meraung kesakitan?”

Salahuddin membalas: “Tidak wajar bagi seorang yang bakal membebaskan Masjidil Aqsa itu berteriak / meraung kesakitan.”

Wednesday, 20 November 2013

Jangan Rosakkan

Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan Syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*...

Kemudian Syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

Syeikh: Kamu suka dia?

Fulan: Ya syeikh....

Syeikh: Kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu, menjadi ibu untuk anakmu, menjadi pembantu agamamu?

Fulan: Ya Syeikh...pada pandangan saya, dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

Syeikh: Bila kamu akan menikahinya?

Fulan: Lepas belajar Syeikh...dalam 3 tahun lagi...

Syeikh: Jadi kenapa kamu rosakkan dia? Kamu bukan nak menikah sekarang? Kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang? Kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab? Bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu? Kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia, dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci? Bukankah cara itu lebih suci? Wanita umpama air mutlak, mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple, wanita itu umpama air musta'mal..ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan, basuh najis,basuh bontot dan sebagainya...apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu? Sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya, kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu, mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran...sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah, tapi sekiranya mereka belum sedia, contohnya mereka masih belajar dan sebagainya, jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya, tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..itu tandanya akal mereka sangat pendek...nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....bagi kamu, couple, chatting, cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....dekati zina pun tak boleh, makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina, tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

Note: Kepada lelaki bapuk di luar sana yang gemar permainkan wanita...ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! ! kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek, tidak dapat bezakan baik dan buruk...memang para wanita walaupun akal pendek, tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi....fb, phone, twitter, internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan...wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu (tak mau orang lihat wajah mereka) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram, mereka tanpa segan silu bergurau senda, tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya...sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka, bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka..jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari rasulullah kalau bukan LELAKI???

Lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..tolong lah....korang ada akal kuat..korang tak bodoh....korang nak memusuhi allah dan rasul, itu hak korang...tapi korang kena sedar, nanti korang pun akan ada anak perempuan, korang suke ke jantan tah mana-mana berhubung, bermanja, bersayang secara haram dengan anak perempuan korang? Kalau korang redha...nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA.....

Tuesday, 19 November 2013

Peristiwa Memali...Masihkah Kau Ingat?


  • Hari ini genap 28 tahun berlakunya peristiwa berdarah Memali iaitu pada tanggal 19 nov 1985.

    Kebetulan pada hari sabtu lepas saya digabungkan dengan sahabat karib saya Ustaz Islah Ibrahim di dalam satu forum, beliau ialah anak sulong kepada As-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood, individu yang menjadi sasaran dalam operasi oleh pihak keselamatan di Memali. Beliau menceritakan pengalaman yang dilaluinya sendiri ketika berlakunya peristiwa itu sehingga menitiskan air mata, berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

    Ayahnya yang merupakan seorang ulama lulusan ugama universiti terkemuka di Libya dan pernah menuntut di Mesir dan India. Setelah kembalinya ke tanahair pernah bertugas di jabatan-jabatan ugama Islam di bawah kerajaan. Tetapi ilmunya tidak mengizinkannya untuk berdiam diri melihat ugama Islam dagang di kalangan penganutnya, beliau bangkit menegur dan menasihati kerajaan supaya kembali ke pangkal jalan. Tindakannya ini dituduh sebagai pelampau, bersekongkol dengan penganas Komunis, penganut ajaran sesat dan lain-lain lagi tuduhan jahat sehingga membawa kepada operasi berdarah Memali.

    Dalam operasi itu As-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood bersama-sama 13 orang lagi temannya mati dibunuh oleh anggota keselamatan kerana dituduh mengancam keselamatan negara. Kampung Memali yang damai bertukar menjadi medan perang, anggota-anggota keselamatan yang lengkap bersenjata dan disokong oleh kereta-kereta perisai berdepan dengan orang kampung yang kebinggungan tidak tahu apa yang sedang berlaku. Adakah orang yang hanya 'bersenjatakan' lidah menegur dan menasihati kerajaan dianggap mengancam keselamatan negara ? Inilah melampau namanya! Kenapa pihak keselamatan negara boleh berunding dengan penceroboh Sulu yang mendarat di Sabah lengkap dengan senjata tetapi tidak diberikan hak yang sama kepada As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan penduduk Kampung Memali ?! Kenapa Ayah Pin yang jelas sesat dengan kerajaan langitnya masih lagi bebas dan tidak dikenakan apa-apa tindakan?! Kalaulah beliau betul-betul pengganas kenapa YDPA, Sultan Kedah mencemar duli menziarahi perkuburannya di Parit Panjang ? Kalaulah beliau betul-betul sesat kenapa Al-Marhum Tuan Guru Hj Yahya Junaid mengisytiharkan beliau dan teman-temannya adalah syuhada' ? Kalau tidak syahid dunia dan akhirat paling kurang syahid akhirat kerana mati mempertahankan nyawa, keluarga dan kampungnya daripada penceroboh. Bukankah Nabi s.a.w. pernah menyebut di dalam satu hadis yang mafhumnya; barang siapa yang mati kerana mempertahankan nyawanya maka dia adalah syahid.

    Peristiwa ini kekal menjadi titik hitam sejarah negara yang tidak boleh dipadamkan. Walaupun 28 tahun sudah berlalu keadilan kepada mangsa-mangsa peristiwa Memali dan keluarga mereka masih lagi belum dilunaskan.

    Diakhir pertemuan saya dengan Ustaz Islah saya terkedu apabila mendengar kata-kata beliau dengan teresak-esak menyebut; walaupun di atas dunia ini mereka yang bertanggungjawab boleh terlepas tetapi tunggulah perbicaraan di hadapan Allah Tuhan yang Maha Besar di Padang Mahsyar kelak.

    " Dan jangan sekali-kali kamu menyangka Allah leka terhadap apa yang dilakukan oleh orang-orang yanag zalim. Sesungguhnnya kami lambatkan mereka sehinggalah kepada hari terbeliak mata-mata (kerana melihat azab Allah dihadapan mereka) " Surah Ibrahim:42

Monday, 18 November 2013

Bersatu Kita Teguh !


  • Ukhuwah Islamiyah

    Ukhuwah Islamiyah ialah segugusan perasaan saling hormat menghormati, percaya mempercayai, mahabbah dan kasih sayang antara sesama individu atas asas aqidah Islamiyah, atau iman dan taqwa.

    Ayuh MALAYSIA, INDONESIA, SINGAPURA, BRUNEI
    Kita rapatkan persaudaraan, tinggalkan sengketa yang diwujudkan barat. Ketepikan isu-isu kenegaraan kerana kita semua adalah saudara. Daulah Islamiah itulah kenegaraan kita, Khalifah itu lah pemimpin kita, sama-sama kita nantikan masanya tiba.

    Persengketaan sesama kita akan melemahkan ummah dan sememangnya itulah yang direncanakan oleh musuh islam.

    إنَّمَا المُؤْمِنُونَ إِخْوَة
    “Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara.”
    [Qs.49 (al-Hujuraat) :10]