Monday, 20 August 2012

Gunung Tahan Sangat Menarik dan Indah...SUBHANALLAH

Okey Pada 27/1-2/1,aku dan Kelab Kembara Universiti Utara Malaysia telah pergi mendaki Gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia,Gunung Tahan (2187m/7174kaki)......Dan kat sana memang best dan mencabar...
                                                 Antara Gambar yang sempat aku tangkap...

                                                                       (GUNUNG BOTAK)
 [Tapak Pesawat Pejuang yang terhempas masa Perang Dunia 20(tak dapat dikenal pasti pesawat milik negara mana)]
                     (Pemandangan Matahari Terbit-View From Puncak Gunung Gedung)SUBHANALLAH.......
                                      Gambar Kenangan Bersama Abang Mohamad Darek,Guide ekspidisi kami.

Eid Ul-Fitr Al Mubarak

Agak lambat nak wish memandangkan dah raya ketiga kan???takpa la...nak jugak...hehehe



(gambar tahun ni punya....sorang lagi takdak...dok kat New Zealand...hahaha)

Nak bagi duit raya? Tak salah. Silakan, namun jauhi budaya "meminta-minta duit raya". Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam : "Barangsiapa atau sesiapa yang meminta-minta pada manusia harta mereka kerana ingin memperbanyakkan harta milik mereka, maka sesungguhnya apa-apa yg diminta mereka adalah bara api (neraka), samada sedikit atau banyak mereka meminta." (HR Muslim)

Monday, 16 July 2012

Adakah aku RABUN??

Assalamualaikum......okey,last pi check mata doktor tu kata mata aku normal lagi...tapi mai minggu lepas bila aku pakai spek kawan aku,nampak lagi clear pulak.....aiii.....segheyau aeh...dah la aku satu-satunya harapan dalam keluarga aku untuk tak pakai spek...masalah sungguh...dah la aku lama dah tak hentam sayur......okeylah lepas ni nakk amal balik la habit makan lama aku.........
          By The Way...ni lah kereta idaman aku,....aku sedaq la yang aku tak mampu nak ambik sampai   Bugatti  Veyron bagai...yang ni jadi lah......hahaha

*geng geng yyang sebaya dengan aku la ni semua dok post pasai PMR ja,....hahaha seriously aku pun cuak jugak ni....hahaha

Saturday, 2 June 2012

Bersama seksyen 8 di GJ

ASSALAMUALAIKUM.(harap jawab....tak jawab berdosa...)
              Minggu lepas aku gi GJ.....nak tau GJ tu apa?mai tanya face to face ngan aku....hahaha.okayy pada mulanya aku hanya diberitahu yang aku cuma jadi pembantu urusetia ja....(aku setia kayy)..hahaha...tapi on the way ke Gurun,(ada kot dalam 1KM lagi nak sampai,dapat info berita buruk,TANAH RUNTUH WEH!!!Immediately ayah aku suruh aku telefon Encik ABDUL KALAM YUSUF a.k.a. Abang Kalam,(guide Gunung Bintang) suruh tanya kalau nak camping saja kat situ boleh dak...Then dia tanya bos dia,bos dia kata tak boleh...Kena ambil pakej yang dibuat...so,bila plan B pun hancur,aku dihantar mendaki 7KM untuk tengok keadaan.dan alangkah penat sambil leganya aku turun balik untuk bagi berita baik itu...

             BERITA BAIKNYA????jeng jeng jeng..........jalan yang runtuh hanya sebahagian jalan di kilometer 7....dan alangkah melompat tak seronoknya aku apabila aku diarahkan untuk menjaga dan menjadi penunjuk arah kepada Seksyen 8 dan semua peserta yang jumlahnya seramai 180 orang memandangkan hanya aku sorang ja yang tau jalan kat situ.....secara etometiknya aku faham yang aku kena mendaki semula ON FOOT.....BUKAN NAIK 4WHEEL kayy..maka berjalanlah aku bersama kumpulan terbaik,iaitu SEKSYEN 8.....Gambaq depa ada dalam Facebook okayy..nak tengok???LeftClick kat link ni= https://www.facebook.com/photo.php?fbid=389255287787510&set=a.389253931120979.84669.100001091256063&type=1&theater...dan satu satunya seksyen yang tak kena denda masa treking.........JUGA SEKSYEN 8......dan dalam seksyen 8 jugalah aku terjumpa seorang budak yang muka sejibik macam kawan aku yang dok kat sekolah sintok tu.......

            Pada malam pertama di situ,kabus tebal mula pukul 6:30 dan berakhir pukul 11:30 pagi esoknya..hahaha.dan malam tu jugaklah hujan turun sampai aku terpaksa bangun dan pi bukak lampu kat rumah panjang di "Dataran Merdeka" untuk bagi peserta perempuan tidur kat situ sebab khemah depa banjir..kah kah kah..dan sekembalinya aku dari situ,,terperanjat bebeno aku bila aku tengok peserta-peserta lelaki penuh bergelimpangan tidur kat dewan urusetia a.k.a. tempat tidoq urusetia(termasuklah aku).....hahaha.....kesian pulak aku tengok depa..

           Dan apabila aku rajin semula,aku akan sambung semula tulis cerita ni..........SEHINGGA AKU RAJIN SEMULA!!!!!!SEHINGGALAH ITU,ASSALAMUALAIKUM WARAMATULLAHI WABARAKATU..

Tuesday, 20 March 2012

Ketiadaan Idea....

Kepadaan keharian keinian,dan keharian yang kesebeluman keinian,kesayaan ketiadaan dan kemengalamian kebuntuan keideaan keranaan keapaan??kejanganan ketanyaan kesayaan keranaan kesayaan kepunan ketidak tahuan..kesekianan keterimaan kekasihan...

Wednesday, 14 March 2012

Konspirasi Dunia,The Gate & KLCC

er
Konspirasi Dunia, The Gate & KLCC
Sharing Is Caring


Mungkin ramai yang tidak percaya teori saya sendiri yang mengatakan bahawa menara kebanggaan kita, menara KLCC adalah salah satu simbol Freemason yang dengan sengaja diletakkan di negara kita supaya kita membangga-banggakan keagungan menara tersebut yang menjadi antara bangunan tertinggi di dunia. Tanpa kita sedari, kita juga telah mengagung-agungkan Freemason dan menjadi pengikut mereka.
Freemason adalah salah satu daripada organisasi rahsia Yahudi yang bekerja bersama Dajjal laknatullah dalam melaksanakan misi mereka mengawal dunia (New World Order). Selain daripada Freemason, banyak lagi organisasi-organisasi rahsia yang mempunyai misi yang sama seperti Illuminati (Illuminati menggunakan lambang piramid yang mengandungi MATA SATU/all-seeing eye didalamnya), Skull and Bones, Opus Dei, Priory of Sion, the Bilderberg Group, agensi-agensi Hollywood (CW Chanel, Columbia TriStar, etc..) dan bermacam-macam lagi. Tujuan mereka menubuhkan berbagai organisasi dalam mencapai satu misi yang sama hanyalah semata-mata untuk mengelirukan dan membutakan mata hati umat-umat manusia seluruh dunia dan menanamkan sifat Dajjal yang buta satu matanya (celik mata penglihatan tapi buta mata hati).

Di atas adalah gambar “Master’s Carpet” yang telah saya highlightkan unsur-unsur penting didalamnya yang terdapat pada KLCC dan satu lagi struktur kebanggaan Malaysia yang akan saya beritahu kemudian.
Tak perlulah rasanya saya terangkan unsur masonic yang telah saya highlightkan dengan garisan berwarna kuning. Menara KLCC yang terkenal di serata dunia dengan nama Menara Berkembar Petronas telah menepati ciri ini. Dua tiang ini adalah Jachin dan Boaz yang menjadi lambang kebanggaan Freemason. Bekas-bekas Presiden Amerika yang menjadi ahli tertinggi Freemason seperti George Washington telah meletakkan kedua-dua tiang ini di hadapan kubur masing-masing sebagai tanda kebanggaan mereka.



Unsur kedua iaitu lantai berpetak (garisan merah) juga boleh didapati berhampiran dengan KLCC. Dalam gambar di atas, lantai berpetak berada di bawah Jachin dan Boaz. Sama juga dengan lantai berpetak yang terdapat di KLCC tetapi telah disorokkan di dalam bangunan. Lantai berpetak ini terdapat di dalam bangunan Suria KLCC bukan di dalam dua menara utama bagi menepati syarat bahawa lantai ini berada di bawah tiang, bukan di dalam.




Dah terang lagi bersuluh, gambar ini membuktikan lantai berpetak Freemason di Suria KLCC. Nama ‘Suria’ juga diambil daripada objek sembahan agama-agama pagan iaitu matahari.



Persamaan Pertama 



Persamaan ketiga (garisan hijau) menunjukkan satu mata yang kuat memerhati selari dengan matahari dan bulan. Secara logiknya, matahari dan bulan berada dalam kedudukan selari di angkasa. Jadi, mata yang telah memerhati pergerakan kita selama ini juga tergantung jauh di angkasa. 


RazakSat, satelit terbaru milik Malaysia adalah objek yang paling menepati ciri-ciri all-seeing eye. Berada selari dengan matahari dan bulan di angkasa, satelit ini juga memerhati tiap gerak-geri kita melalui kamera CCTV, internet dan bermacam lagi teknologi. satelit ini jugalah yang menghantar segala maklumat yang telah kita tulis di internet (Facebook) kepada agensi-agensi perisikan seperti CIA dan FBI bagi memantau segala kegiatan kita dan menyenangkan kerja-kerja mereka menghapuskan mereka yang menentang. Lihat sajalah apa yang sudah terjadi kepada Michael ‘Mikaeel’ Jackson yang dibunuh dengan penuh konspirasi setelah memeluk Islam. Berkemungkinan juga artis-artis lain seperti Britney Spears yang pernah berminat untuk mendekati Islam diugut bunuh kerana impak yang mereka boleh bawa kepada dunia Islam adalah sangat besar dan dapat merosakkan plan yang telah mereka rancang sejak sekian lama.
Lain-lain persamaan yang terdapat antara Menara KLCC dan Freemason.




Pedang yang menghubungkan kedua-dua tiang Jachin dan Boaz bakal menjadi senjata penting ketika perang akhir zaman nanti walaupun zaman kita dibanjiri dengan teknologi-teknologi terhebat yang pernah kita saksikan. Selain itu, kaki yang mendokong jambatan KLCC juga sangat menyerupai logo Freemason! Kedua-duanye mempunyai bentuk yang lebih runcing di bahagian bawah dan dicantum keduanya dengan satu bulatan di tengah.
*Sekiranya anda masih belum mengetahui bagaimana Peperangan Akhir akan kembali berkuda dan pedang sila baca artikel MO (temubual bersama Lonecryer tentang EMP).Klik Sini !


Inilah bukti besar dan jelas yang menunjukkan negara kita masih dibawah jajahan kafir laknatullah. Kita selama ini telah dibutakan dengan tipu daya syaitan. Sesungguhnya dajjal telah berjaya menanamkan sifatnya dalam diri kita. Dia telah berjaya membutakan mata hati kita. Tanpa mata hati, kita akan sesat walaupun mata penglihatan kekal celik.
Sekian, segala yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri. wAllahua’lam.

Monday, 12 March 2012

Living Is Learning,Learning While Living

First of all,ASSALAMUALAIKUM....okay sepangjang cuti sekolah,tiap tiap hari ada kelas tambahan,so tiap tiap hari ke sekolah lah....actually lah kan,best jugak pergi sekolah waktu cuti.....jangan tanya sebab apa,aku pun tak tahu....tapi rasa best ja bila pi...hoho...aku tau,mesti orang akan kata aku kurang waras kan???betul tak??jangan tipu...

okay perenggan ke-dua....hari ni pengetua naik hangat kot....siap buat pengumuman suruh pakai baju sekolah terus pergi tuisyen........bukan berniat nak mengata kay,,,tapi,,......sakai ka apa pengetua ni???dah la aku nak drop Bahasa Arab pun tak bagi.....Kementerian Pelajaran Malaysia bagi drop,dia yang galak lebih tak bagi....apa cer???okay yang dah lepas tu lepas....

perenggan ke-tiga...ada sorang budak perempuan tingkatan satu mengorat aku....pelik ja kan bila perempuan yang mengorat laki.....sepatutnya terbalik.....inilah yang berlaku pada dunia zaman la......songsang,.....siap hantaq mesej ayat jiwang bagai.......tak payah la wei.........buang masa buang kredit buang karan...

okey lah sampai sini ja dulu.....sori ya post kali ni takdak gambar........semua gambar lama jadi tak ada maknanya nak ulang banyak banyak kali......

                                                      Thank You For Listening My Story

Wednesday, 29 February 2012

teng neng neng

dihari ini saya sedang bersemangat nak post tapi takdak idea......that's it

Cinta tak semestinya couple,couple tak semestinya cinta...

Couple=cinta? Saya kata tidak.

Bicara cinta kita kali ini. Sebab baru timbul di Official Page saya soalan berkenaan ‘apakah ada couple sebelum berkahwin?’. Saya jawab lah tak ada. Kemudian dia tanya ‘apakah ada cinta sebelum berkahwin?’. Saya kata ada. Dia pelik. “Macam mana bercinta tapi tak bercouple?”

Saya pula naik hairan. Cinta dengan couple tu, sama ke? Nak bercinta, wajib couple ke? Kiranya, kalau tak couple tu, tandanya tak ada cinta la? Begitu kah?

                Patutlah bila saya kata bercinta sebelum kahwin boleh, orang ramai marah sebab dia kata: “No cinta b4 nikah” la, “Cinta sebelum nikah haram” la dan sebagainya. Sebab apa? Dia nampak cinta=couple dan sewaktu dengannya.

                Saya nampak couple tu jauh letaknya di barat, dan cinta tu letaknya jauh di bahagian timur. Dua benda yang berlainan. Cinta boleh dijalankan tanpa couple. Couple pun, kalau orang nak, boleh jalan tanpa cinta.

Apa itu cinta

Saya tak ambil definisi cinta ini dari kamus dewan bahasa atau mana-mana sumber. Saya bina definisi cinta saya sendiri, dari kefahaman dan padangaan yang saya perhatikan selama ini.

                Definisi cinta saya mudah. Apa itu cinta? Cinta adalah apabila kita hendak masuk syurga bersama-sama dengan orang yang kita kata pada dia – Saya cintakan awak. Benda ni boleh apply dengan semua jenis orang. Kekasih kah, isteri kah, anak-anak kah, ibu-bapa kah, adik-beradik kah, sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga, dan sebagainya.  Semua la pendek kata.

                Jadi, kalau kita melakukan sesuatu yang mengeluarkan kita dari jalan ke syurga Allah SWT, itu tandanya telah hilang cinta kita kepada orang yang kita kata  - saya cintakan awak.

                Cinta, terkandung di dalamnya makna sayang dan kasih. Jadi saya tidak nampak seseorang yang melempar seseorang yang lain ke dalam api, atau bawa orang lain terjun ke gaung bersama dengannya itu, adalah seorang Pencinta, seorang Penyayang atau seorag Pengasih.

                Jadi, kalau couple itu dilarang oleh Allah SWT, zina hati itu dilarang oleh Allah SWT, dan kosnya adalah kemurkaan Allah SWT, boleh mengheret ke neraka Allah SWT, apakah si pengajak kepada perlakuan itu, atau si pelaku kepada perlakuan itu, dinamakan saling kasih mengasihi, sayang menyayangi dan cinta mencintai?

                Lempar ke dalam api dikatakan sayang? Ah... kalau anda berpendapat demikian, tak mengapalah.

Yang saya kata bercinta sebelum kahwin

Cinta itu perasaan. Kita sebenarnya tidak tahu bagaimana cinta itu boleh muncul. Lain orang lain cara kemunculannya. Ada yang terjumpa sekali dah ‘tercinta’. Ada yang sebab kerja sama-sama, ‘tercinta’. Ada yang sebab dengar dari kawan-kawan si fulan/si fulanah itu baik, maka ‘jatuh cinta’ dan sebagainya.

                Pendek kata, jatuh cinta ini bukan boleh kawal. Jadi, macam mana kita boleh letakkan hukum haram kepada sesuatu yang bersifat ‘auto’? Atau bahasanya yang sebenar adalah ‘fitrah’.

                Islam haramkan seks kah? Tidak. Sebab? Sebab seks adalah fitrah.

                Islam haramkan kita makan dan minumkah? Tidak. Sebab? Sebab makan minum adalah fitrah.

                Tetapi apa yang Islam buat? Yang Islam buat adalah Islam lorongkan semua benda itu. Seks adalah dengan perkahwinan. Makan minum adalah makan minum yang halal.

                Cinta? Saya tidak pernah dengar lagi dalam nas Al-Quran atau Hadith sohih yang menyatakan perasaan cinta itu perlu ada hanya sebelum kahwin. Kalau ada, sila tunjuk pada saya. Saya mahu belajar.

                Maka apa yang saya maksudkan dengan ‘bercinta sebelum kahwin’ adalah, usaha-usaha kita untuk berkahwin dengan seseorang itu, itu adalah namanya ‘cinta sebelum kahwin’. Saya bukan kata email, sms, call, dating, couple, itu adalah ‘bercinta sebelum kahwin’. Tidak dan tidak sama sekali.

                Tetapi, kita kembali kepada definisi cinta yang saya nyatakan.

                Hendak masuk syurga bersamanya.

                Maka, bercinta sebelum berkahwin dengannya adalah dengan kita mempertingkatkan diri sebelum menerjah ke alam perkahwinan. Itu bercintalah.

                Apakah dengan itu ‘haram berhubung langsung’?

                Tidak. Bila sudah bertunang, sudah mendapat pengiktirafan ibu bapa, maka berhubunglah dengan sepatutnya. Ta’aruf. Ziarah. Bincang fasal perkahwinan. Merancang. Dan sebagainya. Dan semestinya semua itu, perlu kepada pemerhatian keluarga atau penjaga. Sebab itu, digalakkan waktu pertunangan itu pendek-pendek sahaja, agar tidak berpanjangan pula perkara-perkara yang diberikan kelonggaran ini, dan tidak terlalu teruji pula perhubungan tersebut. ^^
                Untuk saya, itulah namanya ‘bercinta sebelum berkahwin’.

                Siapa kata tiada? ^^

Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.

“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”

    Pernah dengar ayat macam ini?

                Ini saya namakan sebagai Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.

                Kenapa saya namakan tawakkal buta? Sebab saya tahu Allah pun tak ajar demikian rupa. ^^

                Kalau suka, patutnya bagitahulah(semestinya dengan persediaan. Bukan main bagitahu sahaja. Tengoklah diri tu juga. Kalau main bagitahu sahaja, itu dah masuk dalam bab Cinta Buta). Kemudian, siapa la pandai-pandai ajar kalau bagitahu nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya ni?

                Baiklah. Saya bagi contoh buka laci. Macam mana anda mahu buka laci? Anda berdoa sahaja, atau anda usaha buka laci sambil tawakkal bahawa Allahlah yang bantu anda buka laci itu?

                Satu lagi. Exam. Macam mana kita mahu cemerlang dalam exam? Berdoa sahaja, luahkan pada Allah bahawa kita tak pandai sahaja, atau kita kena belajar sungguh-sungguh, dan masa exam kena gerakkan otak dan pen untuk jawab exam? Mana satu?

                USAHA.

                Usaha kena ada. Itu sunnatullah. Maka bagaimana di dalam CINTA kita boleh kata:

                “Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”??????

                Kalau macam itu, saya pun boleh kata, janganlah study. Doa sahaja pada Allah. Allah Maha Tahu Kita Cemerlang Atau Tidak. Bagaimana? Suka?

                Jadi janganlah ambil Mazhab Tawakkal Buta ini. Baik dalam exam, mahupun dalam BERCINTA.

                Kalau suka, bincanglah dengan ibu bapa. Cakap kat ibu bapa, saya suka si fulan, saya suka si fulanah. Preparekanlah diri. Buatlah background check. Kemudian muhasabah kembali ibadah. Kemudian kalau berkeyakinan, sila masuk melamar. Merisik. Dan sebagainya.

                At least kita pun tahu kalau dia tak suka kita, tak berkenan dengan kita. Boleh cari yang lain.

                Kalau pendam sahaja buat apa?

                Silap hari bulan dia suka kat kita, sebab main pendam, terlepas.

                Silap hari bulan dia tak suka kat kita, sebab main pendam, tup-tup dah lama sangat pendam perasaan, syok sangat-sangat, sekali kena tolak. Kecewa. Bertahun dah bazirkan hidup suka dia.

                Sebab itu, usaha itu kena ada. Langkah itu perlu diambil.

                Tawakkal Buta?

                Jangan sekali.

Penutup: Terang lagi bersuluh, couple dengan cinta tak sama

Saya sentiasa kata pada diri saya, cinta itu mahal, suci, bersih. Jadi, takkan saya nak nodai dengan perkara-perkara yang mengotorkannya(kemurkaan Allah)? Di situ sahaja kita sudah boleh buat garisan membezakan cinta dan couple.

        Jadi, tak ada masalah ya kalau bercinta tanpa couple. Masih cinta. Bersih pula.

                Cinta sebelum kahwin ada.

                Dan.... Siapa kata couple=cinta?

                Boleh tukar definisi tu semula. ^^

Friday, 24 February 2012

All day Alone,All day Sadness and Sorrow........

assalamualaikum ya kepada sesiapa yang sudi nak jengah blog yang kawan kawan aku kata "old school" lah........hari ni aku demam.....dan hari ni seharian aku kena duduk dalam rumah sedangkan orang lain semua tengah aktif bermain bergembira kat luar sana.....dan hari ni jugaklah handphome aku jadi paling sunyi....not even  a message from MAXIS......kawan kawan aku???lagi lah bertuah nak ingat pasal aku......yang sedihnya,aku dah mula teringat kenangan kenangan dengan kawan kawan lama,baru,dan yang sangat baru.......sedih sangat sangat......bila boring baca blog orang......ulang ulang banyak kali......punyalah rasa macam nak menangis....sebak di dada hanya tuhan saja yang tahu......langsung depa tak ingat kat aku.........sedih tau dak......tapi takpa.....walaupun hampa buat aku macam ni,,,I will stay optimistic........aku sentiasa sedapkan hati aku dengan fikiran fikiran yang positif seperti= "depa tengah tolong mak ayah kot,"....ataupun="tengah study kot......hari ni boleh dikatakan antara hari paling sedih untuk aku.......                                                        





tolong kawan kawan jangan lupakan aku...jangan tinggalkan aku.....aku perlukan hampa semua.....sangat sangat perlu........hampa semua sangat berharga buat aku.......

Sunday, 19 February 2012

alhamdulillah

alhamdulillah......pertama kali sepanjang 2 tahun aku belajar kat sekolah ni,aku dapat mathematic 85 keatas,,......sebelum ni gheja dapat 85 ke bawah ja.......huhu....alhamdulillah

Sunday, 12 February 2012

Rumah kembali sunyi.......

kenapa rumah aku sunyi???sebab tinggal aku dengan abang aku ja.....kakak aku sorang study kat Melaka,Sorang lagi dah fly ke New Zealand semalam...........huhu.....

Thursday, 26 January 2012

Tensions Are High!!!

okay....tajuk pun macam menarik kan???okay malam ni gua pergi Gunung Tahan.....kalau korang tengok bilik aku pun dah macam tempat persiapan ke perang ja.......hahaha....okaylah....gua nak pergi packing barang.....apapun doakan aku selamat pergi dan balik ya.....assalamualaikum