Thursday, 24 October 2013

Ini Satu Cerita(Renungan Bersama)

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya .

Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati .

Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sbg satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Saturday, 19 October 2013

Kerana Terpegun Dia Memeluk Islam

                                                          


Dalam Perang Yarmuk, tentera islam seramai 40,000 orang mampu mengalahkan tentera musuh sebanyak 6 kali ganda iaitu seramai 240,000 dimana seramai 50,000 tentera musuh maut manakala hanya 3000 orang sahaja dari tentera islam yang mati syahid.

Sebelum perang bermula, tampil seorang pahlawan dari tentera Rom yang bernama Gergorius mencabar Khalid Ibn Al-Walid yang digelar Pedang Allah berlawan satu lawan satu dengannya. Cabaran itu disahut oleh Khalid Ibn Al-Walid tanpa gentar. Dan ketika mereka berhenti rehat seketika setelah keletihan maka terjadilah dialog soal jawab antara mereka berdua:

Gergorius : Aku mahu bertanya sesuatu kepada kamu....!

Khalid Ibn Al-Walid : Silakan...

Gergorius : Benarkah kamu ini mendapat gelaran Pedang Allah...?

Khalid Ibn Al-Walid : Ya... benar..!

Gergorius : Benarkah Tuhan kamu turun dari langit dengan membawa sebilah pedang lalu diserahkan kepada kamu...?

Khalid Ibn Al-Walid : Itu tidak benar...!

Gergorius : Jika begitu mengapa kamu digelar Pedang Allah...?

Khalid Ibn Al-Walid : Tuhanku mengutus seorang Nabi dikalangan kami. Pada mulanya, aku juga menentang kenabian Muhammad, tetapi kemudian aku mendapat petunjuk daripada Tuhanku lalu aku ini menjadi penyokong setia beliau. Pada suatu hari, Nabi Muhammad berkata kepada ku bahawa aku ini adalah sebilah pedang daripada pedang-pedang Allah yang terhunus kepada kaum kafir musyrik.

Baginda berdoa kepada Tuhanku supaya aku menang dalam peperangan menegakkan agamanya. Kemudian aku diberi gelaran Pedang Allah. Sejak itu aku bersikap keras terhadap mereka-mereka yang menentang Islam.

Gergorius : Apa yang engkau seru kepada manusia semasa menjalankan tugasmu...?

Khalid Ibn Al-Walid : Aku menyeru supaya mereka mengaku tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Gergorius: Sekiranya hari ini ada orang menerima seruan engkau dan memilih tawaran menerima agama islam, apakah taraf kedudukan orang itu dikalangan kalian...?

Khalid Ibn Al-Walid : Kedudukannya setaraf dengan kami tanpa mengira sama ada orang itu mulia, hina, miskin atau kaya...

Gergorius : Apakah orang yang baru memeluk agama engkau pada hari ini mendapat pahala dan kedudukan yang sama dengan engkau...?

Khalid Ibn Al-Walid : Mereka itu lebih mulia daripada kami...

Gergorius : Mengapa engkau berkata begitu...?

Khalid Ibn Al-Walid : Kami hidup pada zaman Nabi dan dapat melihat mukjizat baginda. Kami juga menyaksikan sendiri keajaibannya. Ada pun orang yang tidak pernah bertemu dengan Nabi Muhammad dan belum pernah menyaksikan mukjizat keajaiban baginda, namun mereka tetap menerima agama islam dengan jujur dan ikhlas, maka mereka itu lebih mulia dari kami ini...

Gergorius : Demi Tuhan...! aku menyahut seruan engkau Khalid Ibn Al-Walid...! Aku mengaku tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah...!

Khalid Ibn Al-Walid terkejut bercampur gembira. Muka mereka berseri-seri bercahaya. Mereka terus bersalam berpeluk-pelukan. Kejadian tersebut berlaku dalam sekelip mata di medan pertempuran dan kedua-dua belah pasukan tentera tercengang saling berpandangan diantara mereka. Maha Suci Allah yang memilih siapa sahaja dari hambanya untuk menerima cahaya hidayah.

Alhamdulilah... Allahu Akbar...! 

Thursday, 17 October 2013

Istidraj

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang taat membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu. Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH. 

“Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
Nah, jangan kecewa bila diuji, tidak berjaya / gagal walau sudah menyusun rencana yang matang. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH.

ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman, 

“Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap suatu perkara, itu hanyalah untuk perkara itu saja, masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna. 

Rasulullah SAW bersabda: ”Jika engkau melihat Allah sedang memberikan kepada seseorang , sesuatu dari dunia yang ia sukai, sedangkan ia masih saja tenggelam dalam kemaksiatannya, maka ketahuilah itulah yang dinamakan Istidraj

(Kemudian Rasulullah SAW membacakan firman Allah SWT: Al Qur’an surah Al An’aam (6) ayat 44.) (HR. Ahmad dan Thabrani, dalam kitab As Syu’ab)

Renungilah pengajaran dari kisah ini..

Monday, 14 October 2013

Renungan Bersama

"Ada pemuda yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang keadaannya tenang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka dia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak berfikir apa-apa.

Di samping itu ada pula pemuda yang lahir membesar di tengah-tengah umat yang terpaksa berjuang dan bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh; oleh itu umat tersebut terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas, harta kekayaan yang disamun. Begitu juga segala kebebasan juga telah hilang. Pada ketika itulah kewajipan utama lagi pertama bagi pemuda tersebut supaya menumpukan segala perhatian demi untuk kepentingan umat lebih banyak dari faedah dirinya sendiri.

Ketika bertindak sedemikian itu, pemuda tersebut akan memperolehi kemenangan dan pelbagai kebaikan serta mencapai ganjaran dari Allah dalam bentuk kebajikan dan pahala di akhirat kelak."
- As Syahid Imam Hassan Al Banna