Keganasan paling teruk antara Israel dan Gaza selama berbulan-bulan.
Empat pejuang Palestin telah dibunuh sementara lima tentera zionis Israel tercedera dalam keganasan di Semenanjung Gaza, sumber-sumber daripada Israel dan Palestin berkata.
Tentera-tentera itu tercedera apabila mereka dibom ketika mereka sedang memusnahkan satu terowong yang dijumpai bulan lepas menghubungkan Gaza ke Israel.
Seorang pejuang syahid apabila tentera-tentera Israel tersebut membalas dengan serangan api. Tiga orang lagi terbunuh dalam sebuah serangan udara Israel, sumber Palestin berkata.
Cetusan ini merupakan satu daripada cetusan paling berdarah berlaku antara Israel dan Gaza selama beberapa bulan.
Pihak ketenteraan zionis Israel berkata tentera-tentera mereka sedang meletupkan sebahagian daripada terowong tersebut pada Khamis malam ketika pejuang-pejuang Palestin meletupkan sebuah peranti yang menyebabkan kecederaan.
Salah seorang daripada tentera tersebut cedera parah.
Tindakan “serangan api terbuka dan menyerang secara terus seorang pengganas” berkata tentera Israel dalam satu kenyataan. Kejadian berlaku berdekatan dengan pusat bandar Khan Younis, utara Gaza
“Misi ini (untuk menghapuskan terowong) adalah penting kerana terowong kehidupan tersebut berpotensi menjadi kegunaan (oleh Palestin) untuk serangan terhadap orang awam Israel pada masa akan datangl” kata Lt Col Peter Lerner, jurucakap Angkatan Pertahanan Israel.
Beberapa jam kemudian, pesawat Israel menyerang lagi satu terowong di bahagian selatan semenanjung. Agensi berita Reuters memetik sumber daripada Hamas yang mengatakan tiga daripada ahlinya di dalam terowong tersebut telah terbunuh.
Hamas, gerakan Islam yang mentadbir di Semenanjung Gaza berkata keempat-empat pejuang merupakan sayap tentera Hamas, iaitu Briged Izz al-Din Qassam.
Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri redha dengan serangan ke atas tentera-tentera tersebut, dengan berkata ianya mengajar Israel sebuah “pengajaran yang menyakitkan”, dilaporkan oleh Associated Press.
“Gaza akan menjadi tanah neraka” untuk Israel, kata Abu Zuhri lagi.
Bulan lepas, Briged Izz al-Din Qassam berkata mereka sudah menggali 1.7km (1 batu) terowong, yang bermula di Abasan dan berakhir menghampiri kibbutz Ein Hashlosha di Israel. Pejuang-pejuang tersebut dipercayai telah merancang untuk menggunakannya untuk membuat serangan mengejut.
Sebuah terowong yang sama telah digunakan dalam serangan pada tahun 2006 di mana dua tentera Israel terbunuh dan ketiga, Gilad Shalit, diculik dan ditahan di Gaza selama lebih daripada lima tahun.
No comments:
Post a Comment